Share your Streetartwork, Sighting or email me for friendship:

streetartworker(at)gmail(dot)com

Sunday, May 25, 2008

Siapa yg tak sayang DBKL???


Gambar di atas di hantar oleh somebody name bibichun. Mmg sapa tak sayangkan DBKL.... betul tak?
nak pulak orang macam aku yg sumber pendapatan datang dari bekerja dengan mereka. Baru-baru ni Boss aku kat DBKL Dato' Salleh call cakap ada budak-budak buat graff datang jumpa ngan dia bincang pasal nak sediakan designated graffiti area untuk mereka.... dia tnya aku.... aku punya idea ke??? aku cakap la tak.... sebagai petugas kerajaan, takkan la aku nak keluar kan idea2 macam tu..... then dia tnaya lagi aku samaada terlibat ngan writer2 yg buat di Sungai Klang..... lagi sekali aku menidakkannya, sama seperti tadi, sebagai petugas kerajaan yg setia dan sedia berkhidmat untuk masyarakat, takkan la aku nak buat kerja vandalisma macam tu.... pastu dia mintak aku lakukan satu tugasan untuk DBKL.... tapi aku cakap aku sibuk, aku ada banyak kerja2 lain[dalam DBKL] yg masih belum sempat aku siap kan..... sambil berjanji akan pasti melaksanakan tugasan tu. Tapi pastu Boss aku lagi besar call, Dato' Bandar Abdul Hakim Borhan kontek aku kat blog ngan facebook... aku buat bodo gak mulanya.... tapi akhirnya dia call private number aku.... dengan nada mengantuk kerana katanya lebih sembilan jam dia tunggu untuk chat ngan aku di YM.... dia mintak aku untuk buat secepat mungkin kerja tu....kalau tak kemungkinan jawatan yg aku sandang sebagai Kuala Lumpur City Planner mungkin akan diambil alih orang lain..... aku terkejut dengan kata2 nya itu terutama bila aku tahu yg dia sudah menyedari yg aku dah dump anak perempuan dia yg aku date selama tiga minggu kerana nafasnya berbau busuk.
Begini lah nasib seorang Perancang Bandar.... bila writer2 ni datang jumpa Dato' Salleh untuk Designated Graffiti Area..... aku lah yg jadi mangsa kena pikir serba serbi daripada lokasi, kaedah pengendalian, kos hingga lah ke
berapa bnyak duit boleh selit kat poket sendiri.

So..... sememangnya aku lah orang paling sayang sama DBKL.

rat.

10 comments:

  1. are u serious?keje dgn dbkl? tanya kat bos,ledges,marble curb dpn bangunan baru dbkl yang ade air pancut tu bole skate tak? haha curb yg lazat utk grind nyum nyum

    ReplyDelete
  2. serious la... buat apa nak main2 ngan kau plak. kau nak skate kat situ .... boleh. selagi dorang tak tangkap, kau skate je..... bila dah kecoh nanti.... jadi isu.... dato' salleh mesti panggil korang punya, pastu mesti dia akan datang ngan idea untuk designated skate area plak.... masa tu aku lagi yg kena buat kerja perancangan....huh

    tapi kalau kau tnya aku.... skate je tempat tu!!!

    ReplyDelete
  3. apa pendapat korang pasal DBKL nak sediakan designated graffiti area kat KL dan pendapat korang ttg tindakan beberapa graffiti writer yg jumpa dbkl untuk itu..... malah dorang ni sanggup kutuk artwork orang lain dalam paper..... BTW; aku tahu pasal blog ni daripada suratkhabar the star beberapa minggu yg lepas.

    tedd

    ReplyDelete
  4. owh,semestinya mereka yg mengutuk tue mengangap diri mereka sebagai dewa2 yg mahir dlm seni graffiti.
    ucapan terima kasih kepada mereka,kerana melegalkan benda yg sepatutnya illegal and fun.
    lps nie harap2 diaorg berjaya dan kaya,suruh diaorg mintak sponsor dbkl canvas dan kaler,supaya artwork diaorg x de kena mengena dgn street.

    ReplyDelete
  5. aku tak suka ngan idea tu sbb stipa writer yg ingin menulis di dinding tu kena register ngan dbkl..... senang dorang nak trace kau selepas tu.untuk mereka jumpa ngan dbkl, itu urusan mereka.... aku tak ambik port, tapi untuk mereka kata work orang buruk, mmg tak patut.

    satiap graffiti mesti melibatkan art dan vandalisma....tanpa salah satu sifat, ia bukan graffiti. jika kau sembur di dinding tanpa ada unsur vandalisma, ia akan jadi seni, jika kau buat vandalisma tanpa ada seni ia akan jadi sekadar vandalisma, jika kau sembur di dinding dgn cara vandalisma.....ia akan jadi graffiti.

    ReplyDelete
  6. art itu ialah art..tapi apa pula iklan graffiti hugo boss di sg klang itu? slaves to consumerism..someone should just spray over it.

    atau mungkin lakukan suatu satire.

    ReplyDelete
  7. yup... graffiti tu dah di padam oleh DBKL sebelum sempat aku cross.....
    apa????? aku nak cross??

    aku mmg tak suka bila ada penulis2 yg crossgraffiti orang lain tetapi bila graffiti di jadikan pengiklanan korporat..... sama la macam aku cross billboard2 besar mereka!!!
    apa bila ternampak graffiti tu..... aku mula rasa kecewa ngan graffiti writer tu yg akhirnya membawa pengiklanan ke dalam street art atau graffiti..... satu ketika dulu graffiti lahir atas protes terhadap pengiklanan korporat yg mendominasi ruang awam, kini di malaysia..... ada penulis graffiti yg mengiklankan produk2 korporat ini di jalanan.

    ReplyDelete
  8. sorry,tadi sebenarnya comment aku..buat anonymous sbb kalau2 lah ada yang menentang sgt falsafah itu haha ..anyway,patot kau cross sblom dbkl padam!

    the joy of being sold nothing eh? ;)

    tak silap aku graffiti tu super sunday yg buat..mahu graffiti ini menjadi 'cool'.

    up theirs.

    ReplyDelete
  9. the joy of being sold nothing; banksy.

    masa aku dapat tau pasal graffiti tu, beberapa hari sebelum DBKL padam graff tu.... tak sempat.

    no one should cross over another, no matter how obscene it is.....

    ReplyDelete
  10. baru2 ni aku juga terbaca interview kau ngan time out kl.... aku lebih suka ngan interview yg tu...... mmg jelas kau punya pendirian ttg graffiti dan street art.

    ada juga org yg betul2 faham apa tu street art kat malaysia!! hats off!

    ReplyDelete