Share your Streetartwork, Sighting or email me for friendship:

streetartworker(at)gmail(dot)com

Monday, October 15, 2007

Masyarakat kita perlukan vandal seperti anda!

Aku dan beberapa kawan cuba mengusahakan satu kempen dimana kami berharap ramai orang akan bersama kami menyertai kempen ini.
Idea kempen ini datang dari beberapa kawan yang mana kebetulan aku sendiri menerima beberapa email dan satu komen berkenaan pembunuhan tragik adik Nurin. Maka aku mewakili kawan-kawan lain ingin mengajak ANDA yang prihatin dengan isu kehilangan, rogol dan penganiyaan kanak-kanak yg semakin meningkat untuk sama-sama menyertai kami dalam kempen ini.
Kepada sesiapa yang berminat diharap anda boleh lakukan sesuatu samaada dalam bentuk stensil, wheatpaste, stiker di jalan-jalan di kawasan anda sebagai ingatan/memperingati antara kita MASYARAKAT, tentang isu/peristiwa ini.
Mesej anda tidak semestinya perlu berkaitan dgn isu Adik Nurin, ia boleh menyentuh apa sahaja yg berkaitan kanak-kanak seperti penderaan, kebuluran, pendidikan, kesihatan atau apa sahaja berkenaan kanak-kanak yang terabai oleh kita para dewasa!
Di harap ramai yang berminat untuk turut serta dan dokumenkan lah hasil kerja anda dalam bentuk gambar[video pun boleh!] dan hantarkan ke blog ini sebagai dokumentasi menunjukan betapa kita sepakat berharap akan segala bentuk penganiyaan terutama kepada kanak-kanak berakhir!
Aku akan masukkan segala update ttg kempen ini nanti, mungkin akan ada template stensil yg boleh di download oleh semua orang..... tungggu!

Selamat berkarya dan tunjukkan keperihatinan anda pada semua masyarakat.




Kat atas ni gambar2 perbuatan nakal aku dan beberapa lagi kawan. Pada malam itu, aku keluar bersama dua kawan dari Spain;
coolture dan borbo, seorang kawan dari Perancis; G [dia selamat pulang ke perancis semalam ...isk...isk...] dan lagi satu, orang sini gak; vandarm. Ada banyak lagi tempat lain yg kitorang spray pada malam tu[sekitar pusat bandar KL] kalau korang tgk betul2, salah satu gambar tu di 'letak'kan di hadapan bangunan kebanggaan ramai, KLCC. Jadi mungkin aku akan masukkan gambar2 baki yg lain di entri akan datang sbb line internet aku yg lembab menyebabkan aku terpaksa mengambil masa yg lama ntuk upload gambar.
So, kempen dari aku dan kawan2 dah pun start, harap kawan2 yg lain pun bleh start cari imej sebab aku masih terkial-kial nak sediakan template untuk semua! Kalau aku jadi korang, mmg aku tak tunggu, sbb aku mmg lembab buat keje..... korang buat stencil sendiri la.... wording sahaja pun ok apa!!! So, hope to see korang punya stencils!
Selamat!

LEGEND:
tiga gambar di atas: coolture dan borbo
dua gambar seterusnya: Vandarm
2 gambar sebelum laki botak: aku
gambar last: G

26 comments:

  1. yasser! please join in!!!
    buat la apa2 stencil kat tempat kau!

    ReplyDelete
  2. suggestion untuk rat;
    jgn sediakan tmplate untuk kempen kanak2 tu, nanti manja kitorang jadiknya!

    ReplyDelete
  3. Yaser kita buat sama2 k =p

    ReplyDelete
  4. nnt kn la work aku,
    huahuahua.

    -ds-

    ReplyDelete
  5. bukan soal manja, tapi soalnya tak cukup kreatif untuk buat sendiri. hehe.jadi, bagus jugak kalo disediakan apa2 bahan yang boleh menjayakan kempen ni.:). lagi satu, apa kata standarzise kan mesej kempen ni. biar satu malaysia terpampang satu mesej yang sama. macam kempen "18?" tu. pergi mana-mana orang tengok satu mesej yang sama. amacam? just an idea... hehe.

    ReplyDelete
  6. aku setuju dengan kedua dhani dan chi, but i have to go with dhani first, there will be a template, sebab kelambatan adalah aku sekarang menggunakan PC yg bergerak menggunakan harddisk baru, semua hasil kerja aku sebelum ini ada di dalam hardisk lama yg baru2 ini di serang 'virus'. banyak gambar2 termasuk kiriman kawan2 berada di dalamnya tapi aku masih positif yg aku masih mampu mendapatkan gambar2 itu semula!
    untuk template bagi kempen ini, aku sedang fikirkan imej yg mudah, namun untuk tidak mengecewakan chi yg tidak mahu dimanjakan, mungkin wording untuk imej tersebut perlu di fikirkan sendiri oleh kawan2!
    macamana? boleh?

    ReplyDelete
  7. sy setuju dgn dhani...

    ReplyDelete
  8. "stop sexual abuse!"- yaser berkata.

    ni dia wording untuk kata2 yaser tu: http://www.papakerma.com/faisal/gambar/stopsexualabuse.jpg


    hehe.;p

    ReplyDelete
  9. Cadangan aku, korang tgk kat link kat sebelah tu>>>>>
    radical graphic, stencil punk dan beberapa lg.... ada kot!!!

    ReplyDelete
  10. perghhh.... terbaekk!!!
    rape the wall, not the kids!!!!

    eh?

    ReplyDelete
  11. aku dah siap semua! tunggu gambar yer! aku miskin kamera! hehe

    ReplyDelete
  12. brilliant!! gud work u guys. bet u had a hell of great times doing it all nite long..wish i could someday..keep it up. btw, the 'no school today' stencil is on a bus or a wall??...love it.

    ReplyDelete
  13. it's on the back door of a shop but visible to everyone as its facing the main road at central Market Kuala Lumpur. Done by friends from Spain who came here to visit me during "Eid" celebration for the muslim.

    ReplyDelete
  14. hi man!!

    good to see the result of that night here!

    we are now near the myanmar border and heading to bangkok.. we leave in 4 days :(

    just one quick thing.. could you change our names (xavi for coolture and ana for borbo?)

    thanx man

    i mail you longer when in barcelona!
    cheers!!!!!
    coolture

    ReplyDelete
  15. people from Singapore, Japan, Korea, UK,Australia, America and now Spain! man.... you're really something!!!

    ReplyDelete
  16. BTW: i will send you something.... i wanna contribute and participate in this project! good job!

    ReplyDelete
  17. well, im lucky that i know them from this blog, i'll be doing the same thing if i go to another country, look for someone that i can meet-up in the net!
    will wait for your work my dear.... i have been waiting for it since th first day i start this blog!

    ReplyDelete
  18. unfortunately they all gone ryte now...

    platipus

    ReplyDelete
  19. you refer 'they' to what ah? platipus.

    Saw your tag at cm annexe!
    hehe...

    ReplyDelete
  20. mr fcode
    bleh x mao simpan pict2 awesome tersebut..

    ReplyDelete
  21. Rat..from klcc to cm i saw ur artwork..buat aku rasa ko sentiasa berada dengan aku walaupun kita dah jarang jumpa. Take care ok ;)

    ReplyDelete