Share your Streetartwork, Sighting or email me for friendship:

streetartworker(at)gmail(dot)com

Saturday, August 5, 2006

Dinding itu ada telinga, telinga anda ada dinding.

From: "****** ***" <******.***@gmail.com>
To: "toilet head ."
CC:
Subject: Re: f-code
Date: Fri, 4 Aug 2006 12:59:07 +0800

saya vegetarian la abg...

On 7/15/06, toilet head . <fcodes@graffiti.net> wrote:

haram!

f-code.blogspot.com
________________________________________________________________

Email ni di hantar sebagai menjawab kepada gambar atau stensil 'Haram' yang di spray di KFC (gambar di bawah tajuk Haram!). Walaupun ada berbagai email yg aku terima, ada yg memuji... mengutuk, yg ajak pg bomb dan tak kurang gak yg ajak aku dating. Tapi aku tertarik ngan yg ni sebab dah banyak gak aku terima bentuk cam ni.... ada yg minta penjelasan.... ada yang buat tafsiran sendiri....mana2 pun aku tak kisah. Memang aku lagi suka org ramai melihat work aku dan menilai atau mentafsir sendiri apa yg 'dinding' itu cuba sampaikan.... tapi sudah tentu aku punya idea sendiri terhadap suara yg aku berikan pada dinding itu.
Ini idea aku.
Halal dalam konteks yg *umum adalah sesuatu yg di bolehkan dan Haram adalah sebaliknya. Contohnya, DVD cetak 'rompak', pendatang tanpa permit, punk rock, black metal dsbnya. Semua contoh yg di beri kat atas ni adalah sesuatu yg di anggap sebagai Haram oleh mereka yg 'berkuasa' untuk mengharam dan menghalalkan apa2 sahaja. Dan kuasa ini di beri oleh rakyat macam kita..... macam aku dan kau. Kalau aku boleh 'jadi'kan sesuatu itu berkuasa..... maka aku MAHA berkuasa. So apa salahnya aku mengharamkan apa yg selama ini 'mereka' halalkan. Peperangan, penindasan, DVD halal yg mahal, 'pendatang' yg datang ke sini melabur kapital seperti dalam hal ini, KFC (ramai org Malaysia ingat KFC adalah syarikat lokal), musik nasyid, musik/lagu patriotik bosan dan seterusnya.....
Ini hanya dasar idea.... seterusnya korang boleh hurai sendiri. Untuk pengetahuan, aku ada spray stensil Haram tu di KLCC, tembok2 rumah banglo kat sekitar Ampang dan KL dan beberapa bangunan2 besar.

Tafsiran pengirim ini seolah aku cuba menyerang pemakan daging...... tapi secara peribadi aku tidak langsung berniat sebegitu. Bagaimanapun itu adalah tafsirannya dan aku gembira yg aku membantu dalam memperjuangkan Vegetarianisme secara tak langsung!
hehehehe.

f-code

*umum - aku tidak mengambil Haram mengikut tafsiran agama islam atau sbgnya.


9 comments:

  1. apa kata u jelaskan work u yg lain tu sekali.... nak gak tau from org yg buat artwork tu sendiri.

    i sendiri pun ingat u personally attack kfc!

    ReplyDelete
  2. yea ke... ekceli dia baru jerk beli kentang kat kfc tue.. nyam nyam sedap kan..

    maaf la abg saya veggie yg murtad pule.. :P

    hahha oke sudah baca thx.. wakka secara tak langsung kan :P

    ReplyDelete
  3. aku dah agak... mesti akem.. bile sebut soal veggie

    ReplyDelete
  4. *umum - aku tidak mengambil Haram mengikut tafsiran agama islam atau sbgnya
    ^bangang
    keh keh.

    ReplyDelete
  5. bro, bikin tema FREE PALESTINE cantik , skng tengah hot isu Palestin. gua leh paste kat website wa kat www.palestinkini.info ... ehhe... leh gak sembur kat motor gua .. :D

    ReplyDelete
  6. hantu! said...
    *umum - aku tidak mengambil Haram mengikut tafsiran agama islam atau sbgnya
    ^bangang
    keh keh.

    4:07 PM

    keh..keh...kakakakakkaakkaka

    ReplyDelete
  7. bro, haramkan pada mc. d, coke, starbuck & pepsi gak.

    post gambar kat sini. wawahahahaha

    ReplyDelete
  8. haram ada banyak maksud....begitu juga dengan halal,murtad,salah dan betul.percayalah...akibat kebodohan kita,kita ditipu dengan perkataan-perkataan pelik ini.saya bodoh dan tertipu!!!

    ReplyDelete
  9. aku haram kan sesapa mengharam kat sini
    heheheheh....

    ReplyDelete